KENANGAN

 


Aku pernah duduk di situ

Duduk memandang papan putih

Merenung cikgu sambil berbisik

"cantiknya cikgu pakai baju warna ini"

Persoalan demi persoalan terbenak 

Mata kusyuk memandang raut wajah

Sambil telinga riang mendengar setiap bait kata

Sambil otak ligat berputar mencari dan

menghadam ilmu yang dicurah


Aku pernah duduk di situ

Sambil berborak bersama teman

Mncongak ilmu dari sang guru

Sambil mata tak henti merenung jam hello kitty 

dlm hati sering tercetus ayat "cepatlah masa berlalu" 


Aku pernah duduk di situ

Gelak dan tawa berselang tangisan 

dek kerana cuainya diri

Duduk di situ menghimpun kenangan

Merungkai kisah, menanam impian

Bersama sahabat - sahabat

yang gigih berjuang demi sebuah mimpi

Bersama sahabat - sahabat

Yang kini jauh di mata...


Ariens77
11/11/22


Ulasan

Catatan Popular